HomeUtamaAmaran hujan berterusan di Sabah, Labuan bermula esok hingga Jumaat

Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan bermula esok hingga Jumaat

Read Time:31 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan pedalaman dan seluruh kawasan pantai barat hingga ke Kudat dan Beluran.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan itu dijangka akan bermula esok sehingga Jumaat ini.

Situasi cuaca itu turut diramal akan berlaku di Labuan dan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular