HomeSukanSabah tarik diri jadi penganjur bersama Sukan Sea 2027

Sabah tarik diri jadi penganjur bersama Sukan Sea 2027

Read Time:1 Minute, 6 Second


Kuala Lumpur : Sabah menarik diri daripada menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 berikutan kekurangan kemudahan yang bersesuaian.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Sabah sebelum ini bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM100,528,975 bagi pengelolaan secara bersama.

“Susulan itu kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak swasta dan korporat bagi mendapatkan penajaan dalam bentuk wang tunai serta barangan.

“Penganjuran bagi temasya Sukan SEA 2027 ini sebenarnya akan ditanggung secara bersama oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan korporat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab  soalan Chow Kon Yeow (DAP-Batu Kawan), di Dewan Rakyat, semalam.

Hannah berkata, setakat ini komitmen daripada kerajaan negeri adalah sebanyak RM365 juta, dimana sebanyak RM350 juta  adalah daripada kerajaan Sarawak dan RM15 juta lagi daripada kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, kementerian sedang dalam proses menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027 melalui perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, pelbagai kementerian berkaitan dan kerajaan negeri.

“Anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta berbanding RM608,741,085 bagi penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

“Justeru, pihak kementerian berpandangan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 boleh dianjurkan dengan menggunakan pendekatan yang lebih berhemah, minimalis dan bersekala kecil.

“Kemudahan-kemudahan sedia ada sudah mencukupi untuk tujuan penganjuran dengan kos naik taraf yang lebih ekonomikal berbanding pembinaan tempat pertandingan yang baharu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah naib juara SUKSEM IX 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular