HomeUtamaTPNS peruntukkan RM9.7 juta bantu 7,369 anak-anak Sabah dalam bidang pendidikan

TPNS peruntukkan RM9.7 juta bantu 7,369 anak-anak Sabah dalam bidang pendidikan

Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) daripada awal tahun lalu hingga hari ini sudah membelanjakan RM9.7 juta untuk membantu seramai 7,369 anak-anak Sabah dalam bidang pendidikan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“TPNS ini adalah atas idea atau wawasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mendokong Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), mendokong Yayasan Sabah (YS), mendokong Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Ia juga mendokong inisiatif-inisiatif yang sedia ada.

“Pada hari ini kita bermasyuarat dan telah meluluskan RM3.6 juta untuk membantu anak-anak kita terdiri dalam bidang Diploma Pendidikan ada 30 orang, Matrikulasi 12 orang, Ijazah 10 orang, PhD dan Diploma masing-masing seorang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Bantuan Cermin Mata bertemakan TPNS – Life In My Eyes di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Arifin berkata, pada tahun ini sahaja Ketua Menteri telah meluluskan sebanyak RM113 juta untuk membantu dalam bidang pendidikan anak-anak Sabah di peringkat lebih tinggi.

“Pada tahun ini sangat luar biasa, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita sudah meluluskan daripada RM50 juta, sekarang RM113 juta semata-mata untuk anak kita belajar di peringkat yang lebih tinggi iaitu di universiti mengambil diploma, ijazah dan selain daripada itu yang mendokong usaha pendidikan,” katanya.

Antara bantuan lain, Arifin berkata pada tahun ini sahaja MUIS telah memperuntukkan lebih RM20 juta melalui Pusat Zakat atau Bahagian Zakat dan Fitrah negeri Sabah melibatkan lebih kurang 8000 pelajar yang sudah aktif dan yang baru.

“Manakala untuk Biasiswa Kerajaan Negeri pada tahun ini lebih kurang 4000 tambahan, biasanya 1000, tapi tahun ini 4000 tambahan.

“Jadi sasaran untuk anak-anak Sabah menerima Biasiswa Kerajaan Negeri hingga ke hujung tahun ini, kita sasarkan termasuk yang aktif dan yang baharu ialah 11,000 orang serta daripada golongan e-Kasih dan B40. Kita akan bantu, insyaAllah.

“Demikian juga dengan inisiatif yang lain, yang mana ini juga diluluskan oleh Ketua Menteri melalui bantuan BUDI, BAKTI, BISTARI, BISBAH, BAGUS, AKSA, SEMESTA dan sebagainya,” tambah beliau.

Mengulas lanjut majlis hari ini, Arifin berkata, seramai 2,000 pelajar di negeri ini menerima bantuan cermin mata daripada kerajaan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) melibatkan kos keseluruhan sejumlah RM400,000.

“Kita juga mendapat pandangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang mana lebih 4,000 pelajar kita memerlukan cermin mata.

“Hari ini kita akan sampaikan sebahagiannya dan fasa pertama kita melalui tabung ini telah meluluskan untuk 2,000 pelajar seluruh Sabah yang memerlukan bantuan cermin mata melibatkan kos RM400,000,” jelasnya.

Pada majlis sama turut disampaikan penyerahan bantuan TPNS kepada 30 pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji hadiri mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular