HomeUtama33 kes pokok tumbang dilaporkan di Sabah - JBPM

33 kes pokok tumbang dilaporkan di Sabah – JBPM

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 33 kes berkaitan pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa buah daerah di Sabah dalam tempoh lima hari bermula 18 Oktober lalu sehingga hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya meminta orang ramai untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

“Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah telah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang dalam tempoh lima hari bermula seawal jam 07 pagi pada 18 Oktober lalu sehingga jam 7 pagi tadi.

“Daerah Kota Belud melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes pokok tumbang, diikuti Tuaran (5 kes); Putatan (4 kes); Kunak dan Penampang masing-masing tiga kes.

“Selain itu, di daerah Keningau dan Papar masing-masing melaporkan dua kes pokok tumbang.  Bagi daerah Tambunan; Sandakan; Beluran; Tawau; Kota Kinabalu; Kudat dan Kuala Penyu masing-masing melaporkan sat ukes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, perubahan cuaca yang tidak menentu pada masa kini boleh mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang akibat hujan lebat serta ribut petir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan pedalaman dan seluruh kawasan pantai barat hingga ke Kudat dan Beluran.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan itu dijangka akan bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Situasi cuaca itu turut diramal akan berlaku di Labuan dan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan 2025: Manfaat peruntukan RM2 bilion untuk pendidikan diharap melimpah ke...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular