HomeUtamaJetama perkenal sistem Desalinasi Air Laut

Jetama perkenal sistem Desalinasi Air Laut

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Jetama Sdn Bhd (JSB) salah sebuah anak syarikat Sabah Development Berhad (SDB) dibawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah terus menjadi peneraju dalam mengurangkan isu bekalan air di Sabah dengan memperkenalkan sistem penyahgaraman (Sea Water Desalination).

Sistem itu dipamerkan di Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO 42) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 22 hingga 24 Oktober 2024.

Sistem ini berupaya menyahgaram air laut menjadi air osmosis berbalik atau ‘RO’ yang boleh digunakan sebagai bekalan air industri.

Dengan pendekatan inovatif ini, air terawat yang sebelum ini digunakan oleh industri kini boleh disalurkan kepada penduduk setempat, sekali gus membantu mengatasi masalah isu kekurangan bekalan air untuk kegunaan domestik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JSB, Datuk Ahmad Naim Uddang, sistem itu direka bentuk secara modular mudah alih supaya pemasangan yang cepat dan dapat menyediakan bekalan air kepada taman-taman industri Sabah yang semakin berkembang pesat,

Katanya, tempoh pemasangan sistem itu mengambil masa diantara 5 hingga 6 bulan sahaja, dan ianya juga boleh dilengkapi dengan tenaga solar dan bateri untuk kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik mencukupi atau yang bergantung kepada generator diesel.

Pada hari pertama Persidangan CAFEO, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya telah menyaksikan sendiri demonstrasi fungsi sistem penyahgaraman.

Beliau melihat sendiri proses penapisan dan penyahgaraman air laut sehingga menjadi air yang boleh terus digunakan sebagai air minum selepas melalui proses penapisan nano dan rawatan ultra ungu (UV light).

Shahelmey memuji inisiatif JSB dan menyifatkan ia sebagai satu kejayaan besar bagi syarikat milik kerajaan negeri (GLC) Sabah, dan berharap agar sistem ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memenuhi permintaan air bagi sektor industri di negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular