HomeUtamaHajiji bidas sikap pemimpin Warisan gemar tuding jari Kerajaan GRS

Hajiji bidas sikap pemimpin Warisan gemar tuding jari Kerajaan GRS

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor membidas sikap pemimpin Parti Warisan (Warisan) yang hanya gemar menuding jari dan menyalahkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana gagal mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Katanya,ia termasuklah pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB).

“Sebenarnya Warisan yang gagal, dua tahun setengah memerintah, tiada hala tuju, cakap politik sana sini, bohong sana sini, fitnah sana sini, itu sahaja. Boleh buktikan apa yang telah mereka buat.

“Mereka tiada hala tuju, sekarang pandai cakap, kerajaan hari ini saya pimpin gagal, dia orang buka matalah tengok pencapaian kita, kita ada bukti, itulah politik mereka yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan temu bual bersama MalaysiaGazette di pejabatnya di Menara Kinabalu baru-baru ini.

Hajiji berkata, rakyat Sabah sudah pandai menilai pemimpin mana yang layak diberi mandat untuk memerintah negeri dan bukannya melalui kudeta, seperti mana yang dilakukan Mohd Shafie untuk menjadi ketua menteri sebelum ini.

“Orang Sabah pandai menilai, dalam keadaan ini dan tengoklah nanti, dulu Warisan jadi kerajaan bukan mendapat mandat daripada rakyat, orang lompat dia jadi ketua menteri.

“Sudah jadi ketua menteri, bubar dewan pun (Dewan Undangan Negeri) tidak menang, waktu itu ramai yang sokong, Cina pun sokong, sebahagian daripada Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) pun sokong.

“Apabila bubar, tidak juga menang pilihan raya, jadi sekarang lagi, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan,” katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

Tanah runtuh, pokok tumbang di laluan pendakian Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular