HomeIsu tempatanIndividu, kumpulan main peranan jayakan konsep Madani

Individu, kumpulan main peranan jayakan konsep Madani

Read Time:1 Minute, 6 Second

Keningau : Setiap individu dan kumpulan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih baik untuk semua khususnya dalam menjayakan sebuah konsep Madani yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Program Jiwa Komuniti Madani adalah selari dengan aspirasi Madani, yang menekankan pembinaan masyarakat yang bersatu padu, berprinsip, dan seimbang dari aspek rohani dan material.

“Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu memahami bahawa pembangunan komuniti bukan sekadar soal fizikal atau ekonomi semata-mata, tetapi juga soal kemanusiaan, kepedulian sosial, dan kerjasama.

“Nilai- nilai seperti tolong-menolong, kesepaduan, dan rasa tanggungjawab antara satu sama lain haruslah menjadi tunjang utama dalam komuniti kita. Setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam membina komuniti yang harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Komuniti Madani Paluan Dalit di sini baru-baru ini.

Ellron yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, semua pihak perlu memastikan setiap individu, tanpa mengira latar belakang, mendapat sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.

Katanya, program itu juga adalah salah satu cara untuk mengukuhkan peranan masyarakat dalam mendukung kebajikan bersama.

“Selain mempererat hubungan antara masyarakat tetapi juga menggalakkan penyertaan aktif dalam kerja-kerja komuniti, serta menyemai semangat sukarelawan dan kebersamaan.

“Selain itu juga, program ini bertujuan untuk menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan melalui sesi ceramah dan juga pameran yang diadakan,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular