HomeUtamaTiada lagi pengampunan bayaran kompaun - DBKK

Tiada lagi pengampunan bayaran kompaun – DBKK

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Orang ramai disaran mengambil peluang untuk menjelaskan tunggakan kompaun kenderaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menggunakan aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) sehingga 31 Oktober ini. 

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia adalah selaras dengan pelaksanaan program pengampunan ‘Jom Bayar Kompaun’ yang telah dilancarkan DBKK pada 16 Oktober lalu.

“Saya meminta kepada orang ramai yang ada tunggakan saman dan kompaun yang dikeluarkan DBKK agar datang untuk membayar menggunakan aplikasi SSP. Jika kompaun itu sekarang adalah RM100, mereka kini hanya membayar RM10 namun bergantung kepada jenis kesalahan.

kupon fizikal boleh digunakan sehingga 15 November ini

“Pogram pengampunan ini akan berakhir pada ini dan orang disarankan mengambil peluang untuk menjelaskan tunggakan kompaun kenderaan masing-masing disebabkan tiada lagi tawaran pengampunan diberikan selepas tamatnya program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung pelaksanaan aplikasi SSP di sini hari ini.

Aplikasi itu dilancarkan pada 16 Oktober lalu oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

Sementara itu, Sabin berkata, penggunaan kupon tempat letak kereta  DBKK secara fizikal yang dimiliki pengguna masih boleh digunakan sehingga 15 November ini. 

Katanya, selepas tarikh itu, baki kupon tempat letak kereta yang dimiliki pengguna boleh ditukarkan ke dalam nilai kredit aplikasi SSP melalui pemindahan di kaunter ataupun pondok letak kereta bermula hari ini.

“Berkuat kuasa pada 16 November ini, semua penggunaan kupon fizikal (gores) akan dihentikan dan tidak ada lagi pengguna yang boleh menggunakannya.

“Orang ramai yang masih mempunyai kupon fizikal (gores) dan belum digunakan boleh dikembalikan semula dimana-mana kaunter atau pondok letak kereta untuk ditukarkan kepada nilai kredit,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular