HomeUtamaBapa mangsa rayu penculik bebaskan anak

Bapa mangsa rayu penculik bebaskan anak

Read Time:3 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang bapa merayu supaya kumpulan sindiket pemerdagangan manusia membebaskan anak lelakinya yang didakwa telah diculik oleh kumpulan tersebut di Bangkok, Thailand pada 18 Oktober lalu.

Mangsa Mohd Addie Azrinn Abd Rahman berusia 29 tahun dari Kinarut, Sabah itu difahamkan telah pergi ke Bangkok kerana mendapat tawaran pekerjaan pada 16 Oktober sebelum berangkat ke Thailand pada keesokan harinya.

Menurut bapa mangsa Abdul Rahman Hamid, 64, mangsa Mohd Addie yang juga anak ketiganya itu telah ditawarkan bekerja dalam urusniaga jual beli emas di Bangkok, Thailand.

“Anak saya mendapat tawaran pekerjaan itu daripada seorang bekas rakan sekolah rendahnya menyatakan bahawa rakannya sepatutnya menerima tawaran itu tetapi ditolak atas sebab-sebab isteri rakannya hendak bersalin dan sebab itu dia tawarkan kepada anak saya.

“Kata rakannya itu pekerjaan itu hanya mengambil masa empat hari untuk membeli emas di Bangkok, jadi anak saya pun setuju kerana telah dijanjikan gaji yang baik dan majikannya akan menanggung semua kos perjalanan ke luar negara itu,” jelasnya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Rahman (dua kiri) bersama Pegawai Operasi MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh (tengaj) menunjukkan rakaman video call anaknya Mohd Addie pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata pada 17 Oktober itu anaknya Mohd Addie masih lagi menghubunginya dan pada keesokkan harinya pada malam 18 Oktober anaknya memaklumkan dia dan rakan sekerjanya seorang wanita dari China telah diculik oleh kumpulan sindiket berkenaan.

“Mohd Addie berkata dia dan rakannya telah diculik di Maesot, Myanmar dan selepas ini dia tidak berpeluang lagi memegang telefon bimbitnya.

“Kumpulan sindiket berkenaan menyatakan bahawa Mohd Addie telah ditahan susah untuk diberi pekerjaan di sana kerana dia tidak pandai berbahasa Cina dan Inggeris jadi untuk menyelamatkan Mohd Addie, dia kena membayar wang tebusan sebanyak USD30,000 (RM120,000).

“Mendengar ugutan itu kami rasa tertekan sekarang, saya sangat sebak mendengar tangisan anak saya melalui panggilan telefon merayu meminta pertolongan agar dia dibebaskan dari tahanan kumpulan penculik itu dengan segera.

“Saya bagi kata-kata semangat dengan anak saya, kami di sini akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan dan bebaskan dia walaupun hakikatnya kami tidak mempunyai apa-apa untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak itu.

“Jadi pada sidang media ini, saya merayu dan berharap pihak berwajib terutamanya pihak kerajaan dapat membantu kami untuk pembebasan anak kami,” rayu Abdul Rahman.

Sehubungan dengan kejadian itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 18 Oktober 2024.

Pada masa sama, bapa mangsa juga telah meminta bantuan daripada pihak Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Sabah berkenaan cara untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Pegawai Operasi MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh mengesahkan pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian sindiket pemerdagangan manusia melibatkan ahli keluarga Abdul Rahman itu.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman MHO, MHO telah berkecimpung dalam operasi ini bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kedua belah pihak berkuasa negara tersebut dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain berada di negara-negara terbabit sejak awal tahun 2022.

“Daripada aduan yang kita terima, anggaran aduan yang kita terima secara rasmi dan tidak rasmi adalah 2000 aduan maknanya ada 2000 mangsa.

“Setakat ini yang berjaya kita bawa balik anggaran lebih kurang 300 orang termasuk 50 orang rakyat Sabah,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa masyarakat perlu ada kesedaran ataupun pengetahuan mengenai isu sindiket penipuan luar negara yang sangat aktif daripada beberapa tahun yang lepas.

“Kami syaki trend sindiket yang berada di sana, fokusnya sekarang yang berada di pendalaman Sabah dan Sarawak.

“Itu sebabnya kurang pengetahuan ataupun kesedaran sindiket penipuan yang bergiat aktif daripada beberapa tahun yang lepas,” jelasnya.

Tambah beliau, isu sindiket penipuan kerja di luar negara masih berleluasa di mana perjuangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia belum lagi selesai.

“Rakyat Malaysia masih dikurung dan diseksa di mana mereka merayu untuk diselamatkan pulang ke Malaysia.

“Perkara ini telah berlanjutan yang mana menyebabkan hidup mereka dalam keadaan yang amat tertekan dan sebilangan daripada mereka telah gagal dikesan dan hilang jejak daripada ahli keluarga mereka di sini,” katanya.

Berikutan dengan isu penipuan itu, Jerry menasihatkan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah supaya lebih peka dan berhati-hati dengan tawaran kerja yang meragukan.

RELATED ARTICLES
Utama

SESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular