HomeIsu tempatanLebih 500 buah motorsikal berkuasa tinggi berkonvoi sekitar KK esok

Lebih 500 buah motorsikal berkuasa tinggi berkonvoi sekitar KK esok

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Lebih 500 buah motorsikal berkuasa tinggi akan berkonvoi mengelilingi Bandaraya Kota Kinabalu esok sempena Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) kali ke-22 yang bermula hari ini.

Perasmian BIIBBF dan pelepasan konvoi itu dijangka akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Presiden Sabah Big Biker Association, Datuk Osman Ahmed berkata, program tiga hari itu merupakan satu program terbesar di Kepulauan Borneo yang bertujuan memupuk silaturahim dalam kalangan penggemar-penggemar motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara.

“Setakat ini, peserta yang telah mengesahkan dan mendaftar adalah seramai 1,150 ribu orang yang terdiri dari Malaysia termasuk negara luar antarnya Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Republik Korea, India dan Afrika.

“Harapan kami ialah dapat membawa Negeri Sabah itu sendiri dari segi pelancongan ataupun dari segi permotoran dan kami juga mengharap di masa akan datang program ini akan lebih besar lagi.

“Disamping itu, kami juga mencadangkan program seperti ini diadakan setiap tahun seperti dengan acara-acara yang lain,” katanya kepada media selepas sesi temubual SABAHfm dalam segmen “Kita Cerita #Kitakongsi di konti SABAHfm.

Dalam sesi temubual bersama SABAHfm, Osman turut menjelaskan acara tersebut dianjurkan secara bergilir-gilir dimana pada tahun lepas Brunei telah menjadi penganjur. 

“BIIBBF di anggotai oleh lima kelab induk utama iaitu Sabah Big Bikers Association mewakili Sabah, PEMODA dari Brunei, IMBI dari Indonesia, BIBB (Sarawak) dan LA Riders mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

“Secara objektifnya festival ini dilaksanakan sebagai pemangkin hubungan perdagangan, ekonomi dan sosial dalam sektor permotoran khususnya dan sektor pelancongan secara amnya di samping 

memupuk semangat setia kawan dan kesedaran keselamatan jalan raya buat para peserta dan orang awam,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat Sabah Big Bikers Association, Norazley Ammat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular