HomeUtamaLelaki warga emas terperangkap dalam lumpur berjaya diselamatkan

Lelaki warga emas terperangkap dalam lumpur berjaya diselamatkan

Read Time:54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA BELUD: Pasukan Bomba Kota Belud bersama penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas terperangkap dalam lumpur sedalam satu meter di kawasan sawah di Kampung Tempasuk II dekat sini petang Jumaat. (25 Okt)

Kejadian berlaku pada jam 3 petang itu ketika mangsa yang berusia 75 tahun itu menjalankan aktiviti meracun rumput di sawah tersebut.

Ketua Balai Bomba Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.28 petang tadi.

“Sepasukan bomba dari Balai Kota Belud terdiri daripada sembilan anggota diketuai Komander Operasi Mohd Farhad Abdullah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, Komander Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki telah terperangkap dalam lumpur ketika menjalankan aktiviti meracun rumput di sawah.

“Pasukan bomba dengan bantuan orang kampung bertindak dan berjaya mengeluarkan mangsa yang terbenam hingga paras pinggang, kira-kira satu meter dari dalam lumpur itu.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada ahli keluarga dalam keadaan selamat.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.57 petang,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

SESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular