HomeUtamaSESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity

SESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini dijenamakan semula dan dikenali sebagai Sabah Electricity yang bertujuan bagi memperkukuhkan sistem perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Labuan.

Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, syarikat utiliti itu bertekad untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang berdaya harap.

Katanya, penjenamaan yang dilaksanakan adalah satu langkah strategik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan masa kini dan di masa akan datang.

“Penjenamaan semula bukan hanya tentang menukar logo atau warna korporat tetapi melibatkan imej dan identiti syarikat.

“Sabah Electricity kini mengorak langkah sebagai satu pasukan yang bersatu padu, progresif dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Penjenamaan SESB, Kaunter Perkhidmatan Pengguna Kota Kinabalu dan Nombor  Talian Aduan (Careline) 15444 di sini hari ini.

Madius berkata, masa depan tenaga adalah berpaksikan kepada sumber tenaga hijau dan Sabah Electricity komited untuk menjadi sebahagian daripada transisi ini.

“Kita mahu mencapai net zero carbon emissions dalam operasi kita dan ini adalah keutamaan dalam pelbagai dasar dan inisiatif, termasuklah dalam program CSR kita yang akan menekankan aspek kelestarian alam sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, Kaunter Perkhidmatan Pengguna Kota Kinabalu mula beroperasi di Bangunan KWSP pada 21 Oktober yang lalu.

“Sabah Electricity tampil dengan wajah yang baharu dan menyediakan kaunter perkhidmatan pengguna yang lebih kondusif, selesa, ceria dan moden untuk memudahkan pengguna berurusan,” katanya.

Katanya, perubahan nombor talian Careline 15454 kepada 15444 turut dilaksanakan untuk memudahkan panggilan pengguna disalurkan terus ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan dan tidak lagi melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada waktu panggilan puncak. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

1,217 pelajar UMS telah menerima tajaan pendidikan BKNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular