HomeUtamaBigSabah Sale 2024 platform penting promosi produk tempatan

BigSabah Sale 2024 platform penting promosi produk tempatan

Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: BigSabah Sale 2024 merupakan ekspo pengguna terbesar dianjurkan di Sabah telah berkembang menjadi platform penting yang bukan sahaja mempromosikan produk tempatan tetapi juga memupuk kerjasama perniagaan antarabangsa.

Ekspo ini telah dilancarkan secara rasmi pada Jumaat oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah ( SICC).

Acara berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024, dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam, dan menghimpunkan pelbagai vendor tempatan dan antarabangsa merentas pelbagai industri.

Christina berkata, acara seperti ini penting dalam meningkatkan industri pelancongan dan acara perniagaan (BE), kerana ia membantu menarik pelawat, mencipta peluang pekerjaan, dan merangsang ekonomi tempatan Sabah mempunyai kedudukan yang unik untuk menganjurkan acara berskala besar itu dan melalui usaha seperti BigSabah Sale ini terus mempamerkan potensi negeri Sabah sebagai destinasi utama untuk perniagaan dan pelancongan.

Christina (tengah) diiringi Rosmawati melawat ruang pameran Konsulat Jenderal Republik Indonesia semasa acara BigSabah Sale 2024 di SICC semalam.

Beliau turut menekankan kepentingan acara itu dalam mempromosikan perdagangan rentas sempadan, pertukaran budaya, dan pembangunan pelancongan.

“Penyertaan vendor antarabangsa memperkayakan pasaran tempatan kita dan meningkatkan peluang untuk pertukaran budaya dan pertumbuhan ekonomi.

“Justeru, saya menggalakkan semua orang, penduduk tempatan dan pelawat, untuk mengambil bahagian dalam acara yang menarik ini dan menemui gabungan produk, pengalaman dan hiburan yang menarik yang terdapat di sini,” katanya dalam ucapan perasmiannya semalam.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur BigSabah Sale merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki berkata BigSabah Sale 2024 antarabangsa kali ke-2 ini menampilkan barisan 315 gerai yang menarik dengan lebih 100 vendor dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan kehadiran antarabangsa yang ketara dari negara seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Antara peserta antarabangsa ialah 30 gerai pameran dari Pameran Antarabangsa Pengguna oleh Pameran Pengguna Brunei, 10 dari Pavilion Thai, dan pavilion khas oleh organisasi seperti JHEWA, MIDE, dan PERNAS, menambah nilai dan kelainan pada acara tahun ini.

“Terutamanya, GM Klang, pusat borong terbesar di Malaysia, telah membawa 10 gerai pameran yang mempamerkan pelbagai jenis produk borong, menandakan penampilan sulung mereka yang memberi kesan di BigSabah Sale 2024 ini,” katanya.

BigSabah Sale tahun ini menawarkan pelbagai jenis segmen produk, termasuk makanan, fesyen dan gaya hidup serta kediaman dan hiasan rumah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular