HomeUtamaDua lagi individu direman disyaki terbabit kartel seleweng penyelenggaraan sekolah-sekolah di Kudat

Dua lagi individu direman disyaki terbabit kartel seleweng penyelenggaraan sekolah-sekolah di Kudat

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan reman dua lagi individu kerana disyaki menerima rasuah membabitkan pelantikan pembekal bahan mentah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di sekitar Kudat bernilai kira-kira RM600,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an telah ditahan kira-kira jam 3 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 30 Oktober 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Dzul Elmy Yunus.

“Suspek merupakan pegawai kanan yang bertugas di salah sebuah pejabat pendidikan daerah di Sabah dipercayai melakukan kegiatan ini dengan menerima sejumlah rasuah pada tahun 2023 hingga 2024 melalui kemasukan wang ke akaun bank milik proksinya.

“Suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk berpakat melantik beberapa pembekal dalam urusan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga bagi pembekalan bahan mentah penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di daerah tersebut,” katanya.

Tangkapan ini adalah susulan penahanan seorang pemilik perniagaan semalam kerana disyaki mengemukakan dua tuntutan palsu bernilai kira-kira RM45,000.

Suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pada hari sama dan perintah reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 1 November 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 di mana telah mengemukakan dua tuntutan bayaran kira-kira RM25,000 dan RM20,000.

Tuntutan bayaran tersebut adalah bertujuan bagi membekalkan bahan mentah bagi pembaikan dan penyelenggaran sekolah tetapi pembekalan tidak dilaksanakan.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda, mendedahkan isu kartel penyelewengan dana sekolah melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Kudat sewaktu ucapan perbahasan dasar Belanjawan 2025 di Parlimen dan menggesa SPRM menjalankan siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji hadir Program Santai Rohani Anak Muda Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular