HomeSukanEIS 2024 bantu tingkat industri sukan di Sabah

EIS 2024 bantu tingkat industri sukan di Sabah

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyokong hasrat kerajaan Sabah dan pemain industri khususnya bidang sukan melalui dasar dan peruntukan dana pada masa akan datang. 

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dr Nagulendran Kangayatkarasu berkata, umum mengetahui Kerajaan Sabah sentiasa komited untuk memperkasa industri sukan di negeri ini. 

Katanya, ini dapat dibuktikan melalui pengumuman RM20 juta untuk pembangunan sukan industri sukan oleh Ketua Menteri Sabah dalam Belanjawan Negeri tahun lalu.

“Saya yakin bahawa dengan penganjuran Ekspo Industri Sukan (EIS) di bumi bertuah ini, kita dapat meningkatkan lagi kegiatan industri sukan dan percambahan inovasi bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat Sabah. 

“Bukan itu sahaja, penganjuran beberapa program ikonik kejohanan ‘E-Sport Borneo’ (MLBB, E-Racing, E-Football & Tekken 8), Mega Aerodance Borneo, Lompat Tali Borneo, Kayuhan Borneo dan Larian Borneo serta Borneo Island International Big Bike Festival bersempena dengan EIS sudah tentu dapat merancakkan ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan EIS 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Nagulendran berkata, penganjuran ekspo itu merupakan satu platform dalam menggalakkan lagi pertumbuhan industri sukan yang merupakan satu industri yang memberi sumbangan signifikan kepada ekonomi negara. 

Katanya, ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa industri sukan menjana RM49.5 bilion kepada ekonomi. 

“Saya difahamkan bahawa EIS 2024 pada hari ini melibatkan 38 pempamer dengan 42 gerai pameran yang melibatkan pelbagai sektor termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan, perubatan, pengurusan acara, dan pendidikan sukan. 

“Saya turut gembira melihat tiga produk baharu jenama tempatan akan diperkenalkan dan enam memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dalam majlis ini, menunjukkan betapa pentingnya kerjasama strategik dalam mengembangkan industri sukan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular