HomeUtamaKPKM salur RM54.4 juta bantuan insentif pesawah di Sabah

KPKM salur RM54.4 juta bantuan insentif pesawah di Sabah

Read Time:1 Minute, 49 Second

Nabawan : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyalurkan bantuan dan insentif kepada pesawah di Sabah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM54.4 juta pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM18.6 juta merupakan Bantuan Khas Sumbangan Tunai Fasa Satu Tahun 2024 yang memberi manfaat kepada seramai 31,028 orang pesawah.

Selain itu katanya,  Bantuan Khas BERNAS berjumlah RM7.3 juta turut disalurkan yang member manfaat seramai 29,473 orang penerima.

“Selain daripada insentif dan bantuan kerajaan pada tanaman padi, KPKM juga menyalurkan peruntukan di bawah Peruntukan Pembangunan Rolling Plan Ke-4 (2024) LPP geran pembangunan berjumlah RM4.1 juta untuk Negeri Sabah.

“Geran Pembangunan ini digunakan bagi membiayai pelbagai projek-projek Pembangunan Pertubuhan Peladang serta Usahawan Peladang bagi meningkatkan pengeluaran Agro Makanan di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan serta insentif di Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 15,000 pesawah dari Nabawan, Keningau, Tenom dan Tambunan menerima Bantuan Baja dan Racun di bawah Skim Baja Padi Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) serta Bantuan Khas Sumbangan Tunai Fasa Satu Tahun 2024 berjumlah RM13 juta.

Dalam pada itu, menyentuh berkenaan Belanjawan 2025, Arthur berkata peningkatan peruntukan sebanyak 4.1 peratus secara tidak langsung mencerminkan tekad kerajaan membantu meningkatkan produktiviti sektor agro makanan yang akan mensejahterakan rakyat.

“Sehubungan itu, KPKM akan meneruskan pemberian subsidi, insentif dan bantuan untuk pesawah bagi tahun 2025. 

“Ini termasuk meningkatkan subsidi padi dan insentif pesawah dari RM2.46 bilion pada tahun 2024 kepada RM2.60 bilion pada tahun 2025 dengan peningkatan sebanyak 5.5 peratus,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar para pesawah di negeri Sabah khususnya yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menyertai Skim Tanaman Takaful Padi (STTP) yang menawarkan perlindungan takaful dengan jumlah maksimum sebanyak RM3,000 setiap hektar semusim bagi kerosakan tanaman padi yang diakibatkan oleh bencana.

“Usaha ini merupakan inisiatif hasil kerjasama KPKM bersama-sama Agrobank bagi menangani risiko yang dihadapi oleh petani yang terdedah kepada ancaman bencana termasuk ancaman penyakit dan makhluk perosak dengan kadar pampasan yang lebih baik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kanak-kanak lelaki 5 tahun rentung, kebakaran melibatkan 38 rumah musnah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular