HomeSukanMSSM 2024 : Kejayaan Sabah beri suntikan generasi muda bergiat aktif dalam...

MSSM 2024 : Kejayaan Sabah beri suntikan generasi muda bergiat aktif dalam sukan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Kejayaan kontinjen Sabah yang berjaya menjuarai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) di Perak baru-baru ini mampu  memberi galakan kepada generasi muda untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, pihaknya juga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada semua atlet dalam pelbagai peringkat sekolah.

“Pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen MSS Sabah kerana telah menjuarai keseluruhan peringkat kebangsaan pada tahun ini dimana pada tahun ini berlaku peningkatan pungutan pingat berbanding tahun sebelumnya.

“Jadi kita merasa bangga kerana kejayaan anak-anak kita dapat merangkul pingat-pingat dan memecahkan beberapa rekod kebangsaan jadi ini akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menggalakkan dan berkecimpung serta bergiat dalam acara sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan atlet MSS Sabah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Arif berkata, kejayaan dua atlet Sabah yang turut dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati 12 tahun turut menjadi pemangkin kepada kejayaan atlet lain pada masa akan datang.

Arif bersama pelajar SK Inderasabah Tawau, Mohammad Vadil berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan Lelaki 12

“Kalau kita lihat dua orang atlet kita yang telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati akan jadi pemangkin untuk generasi muda bergiat aktif dalam sukan.

“Generasi muda perlu mendapat bimbingan, mendapat dorongan untuk kita sama-sama menjayakan sukan di peringkat negeri Sabah,” katanya.

Kontinjen MSS Sabah muncul juara keseluruhan pada kejohanan Olahraga MSSM yang berakhir di Stadium Perak Jumaat lalu

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau, Nur Syaza Farhana Andi Jamaludin dinobatkan sebagai Olahragawati Perempuan 12.

Kontinjen Sabah mengutip 23 emas, 22 perak dan 16 gangsa dengan atlet cilik Perempuan 12 tahun menyumbang 6 emas, 15 Tahun (3 emas) dan 18 Tahun (5 emas).

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau, Nur Syaza Farhana Andi Jamaludin dinobatkan sebagai Olahragawati Perempuan 12.

Manakala pelajar SK Inderasabah Tawau, Mohammad Vadil berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan Lelaki 12. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular