HomeSukanBIIBBF bawa banyak limpahan ekonomi kepada Sabah

BIIBBF bawa banyak limpahan ekonomi kepada Sabah

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penganjuran Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) kali ke-22 berjaya membawa banyak limpahan ekonomi khususnya kepada negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia boleh juga kepada industri permotoran, malah kepada peniaga, sektor perhotelan, pengangkutan dan sebagainya.

“Kita amat berbesar hati agar program seumpama ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan di Sabah dengan manfaat yang diterima oleh pelbagai pihak.

“Saya melihat festival seperti ini, ia dapat menarik minat peminat-peminat motor berkuasa tinggi, bukan sahaja daripada negara Malaysia tetapi juga dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Jamuan Malam Gala BIIBBF di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Besar Sabah (SBBA), Datuk Osman Ahmed.

Nizam berkata, dengan adanya penganjuran program itu, para peserta dapat melihat keindahan tempat menarik di negeri ini yang terkenal dengan pelbagai keindahan alam semulajadi.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar program itu dapat dilaksanakan di beberapa daerah lain di negeri ini pada masa akan datang.

“Ya, sekiranya Lebuh raya Pan Borneo itu dapat disiapkan dengan secepatnya mengikut perancangan yang telah diatur, saya yakin bahawa festival ini boleh dibawa ke daerah- daerah lain.

“Saya juga sempat bercerita dengan Datuk Osman dimana hasrat beliau untuk membawa festival ini ke daerah Tawau. Dan sudah pasti yang menjadi penghalang kita ialah keadaan jalan Raya kita yang masih perlu dinaik taraf dan diperbaik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

EIS 2024 bantu tingkat industri sukan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular