HomeUtamaESSCOM berjaya jaga keselamatan, ketenteraman di ESS Zone - Robert

ESSCOM berjaya jaga keselamatan, ketenteraman di ESS Zone – Robert

Read Time:1 Minute, 57 Second

Keningau : Penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) lebih 11 tahun lalu di negeri ini disifatkan sebagai suatu keputusan yang tepat.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ESSCOM juga kini telah dikenali sebagai sebuah jenama keselamatan yang tersohor.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada ESSCOM kerana berjaya menjaga keselamatan dan ketenteraman di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) dan semoga usaha ini memberikan impak yang baik dan positif dalam aspek kesejahteraan Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

“Saya cakna akan usaha ESSCOM mensejahterakan pantai Timur Sabah demi mengangkat semula imej kedamaian di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) dan bagi saya ESSCOM merupakan perisai pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika merasmikan Program Santuni MADANI ESSCOM di Dewan Terbuka Kampung Ranggom, Apin -Apin, Keninga di sini.

Hadir sama Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos.

Robert turut berterima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ESSCOM di Kampung Ranggom melalui Program Santuni MADANI yang merupakan kesinambungan daripada usaha pembangunan yang telah dilaksanakan di daerah ini.

“Di sebalik pembangunan fizikal seperti jalan raya, jambatan dan bangunan baharu yang kita laksanakan, aspek kesejahteraan rohani dan perpaduan dalam kalangan masyarakat jauh lebih utama kerana pembangunan adalah tentang manusia.

“Dalam erti kata lain, ia tentang memastikan setiap orang dalam komuniti mendapat peluang yang sama untuk hidup dengan bermaruah, untuk belajar, bekerja dan menyumbang kepada masyarakat.

“Harus diingat, kejayaan kita bukan diukur oleh seberapa tinggi bangunan yang kita dirikan, tetapi oleh kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang kita kongsi bersama,” katanya.

Sementara itu, Victor berkata, pihaknya menyifatkan Program Santuni MADANI ini merupakan rahmat dan ruang buat warga Kampung Ranggom dan kawasan sekitar sebagai platform berjumpa dengan pemimpin secara terus.

“Saya sifatkan program ini sebagai ‘Nokia’ iaitu penghubung isu-isu kita kepada Kerajaan, justeru gunakan peluang ini sebaik-baiknya agar tujuan program kepada penduduk kampung iaitu memupuk budaya ‘sense of belonging’ dan ‘proud with’ kepada pemimpin terhadap kampung halaman sendiri dapat dicapai,” katanya.

Beliau turut mengajak seluruh masyarakat di Kampung Ranggom untuk sama-sama berganding bahu menjaga nama baik kampung seterusnya memahat nama kampung ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Usah biarkan usaha ini terhenti di sini dan sama-sama kita gilap potensi anak-anak kita kerana mereka berhak mendapatkan masa depan yang lebih baik dan kita semua memainkan peranan penting untuk merealisasikannya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular