HomeUtamaIbu bapa main peranan bentuk sahsiah pendidikan anak

Ibu bapa main peranan bentuk sahsiah pendidikan anak

Read Time:2 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak di rumah agar dapat melahirkan murid yang kompetensi, bersahsiah, kukuh jati diri dan berdaya tahan.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah berkata, kerjasama erat bersama guru harus seiring bagi membantu anak-anak dalam akademik, sahsiah dan pembentukan adab bagi membentuk generasi Madani berlandaskan Karamah Insaniah.

“Dalam usaha memartabatkan pendidikan di daerah Kota Kinabalu, sokongan ibu bapa amat diperlukan. Pendidikan anak-anak bukan tanggungjawab sekolah semata-mata, tetapi satu usaha bersama.

“Dengan adanya kerjasama erat antara ibu bapa dan sekolah, saya yakin anak-anak kita akan lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dan membina masa depan yang cerah.

“Peranan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak tidak terhad kepada mengawasi kerja rumah mereka sahaja, tetapi juga melibatkan penglibatan aktif dalam memahami keperluan pendidikan mereka secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program I-CanOS di sini semalam.

Hadir sama Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran.

Suhaimi berkata, pihaknya turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru dan PPM Prasekolah atas dedikasi dan usaha gigih dalam mendidik anak-anak prasekolah.

Katanya, guru-guru bukan sahaja mengajar subjek akademik tetapi juga membentuk sahsiah dan karakter serta membimbing anak-anak untuk menjadi individu yang berpengetahuan dan kompeten serta boleh berdaya saing di peringkat global.

Dalam pada itu, Mohammad Arif berkata, pihaknya amat berbangga melihat usaha yang dilaksanakan bagi menyatukan semua pihak dalam mencapai satu matlamat yang jelas.

Katanya, ia termasuklah bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan holistik dan seimbang.

“Inisiatif I-CanOS membuktikan bahawa kita semua, baik di peringkat Kebangsaan mahupun daerah, komited untuk melihat generasi muda kita berjaya dalam semua aspek kehidupan,” katanya. –

Mohammad Arif ketika berucap pada majlis itu

“Inisiatif I-CanOS membuktikan bahawa kita semua, baik di peringkat Kebangsaan mahupun daerah, komited untuk melihat generasi muda kita berjaya dalam semua aspek kehidupan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular