HomeUtamaPekerja pemasangan paip maut terkena serpihan besi

Pekerja pemasangan paip maut terkena serpihan besi

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pemasangan paip maut selepas terkena serpihan besi (alat gerudi) manakala seorang lagi mengalami cedera ringan dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Stesen Shell Jalan Sulaman di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan berusia 19 dan 37 tahun.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.37 petang semalam (26 Okt) seterusnya mengarahkan anggota peronda berhampiran ke lokasi kemalangan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, mendapati seorang mangsa telah meninggal dunia dan seorang lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas perubatan yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat sebagai kes kematian mengejut (SDR),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular