HomeUtamaProgram Transformasi Minda pupuk kesedaran kesihatan mental di kalangan komuniti

Program Transformasi Minda pupuk kesedaran kesihatan mental di kalangan komuniti

Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort melalui Unit Penyakit Tidak Berjangkit (UPTB) dan Unit Terapi Cara Kerja (UTCK) menjalankan inisiatif bagi memupuk kesedaran penjagaan kesihatan mental melalui Program Transformasi Minda Sempena Hari Kesedaran Mental Sedunia Tahun 2024.

Program yang dianjurkan ini berikutan melihat kepada trend peningkatan masalah kesihatan mental di peringkat global yang semakin membimbangkan.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat menjalankan usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan, UPTB, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Nirmal Kaur berkata, aktiviti promosi kesihatan mental telah dilaksanakan semenjak tahun 2000 lagi.

“Malah, KKM juga telah melancarkan kempen media Let’s TALK Minda Sihat yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Publisiti Kesihatan Mental dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program tersebut di sini, pada Jumaat (25 Okt).

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort, Dr Neilson Richard Seling.

Menurutnya lagi, laporan daripada Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lebih kurang sejuta atau 4.6 peratus penduduk malaysia berumur 15 tahun keatas mengalami kemurungan, apa yang lebih membimbangkan ialah separuh daripadanya berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

“Dapatan kajian NHMS 2023 juga turut mendedahkan 1 daripada 6 kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami kesihatan mental”, jelasnya.

Menyedari hakikat ini, beliau turut berharap agar peranan masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti pertubuhan BeFrienders juga amatlah penting dan dihargai dalam usaha membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Beliau turut menyeru kepada semua pihak agar terus bergerak dan bekerjasama dalam memberikan kesedaran kesihatan mental kepada masyarakat sekeliling agar trend peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dibendung.

Hari Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 oktober setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesihatan mental di seluruh dunia serta usaha yang dilaksanakan dalam menyokong kesihatan mental.

Program ini turut dihadiri seramai 250 orang pelajar berserta guru pengiring yang terdiri daripada sekolah-sekolah di sekitar daerah Beaufort dan Membakut.

Turut hadir, Pegawai Perubatan, Sektor Penyakit Tidak Berjangkit (SPTB), JKNS, Dr Leydra Philip Felix, Penolong Pengarah Kanan, SPTB, JKNS, Dr Sammy Lee Kian Yap, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Benjamin@Ismail Atin, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Beaufort, Dayang Fauziah Ag Tahir, Ketua Bidang Terapi Cara Kerja, Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Noorhashimah Stephanus dan Ketua Jururawat Kesihatan, SPTB, Bahagian Kesihatan Awam, JKNS, KJ Bernadette Robert Popong.

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah Mesra SMJ inisiatif kerajaan bantu rakyat dapatkan kediaman selesa –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular