HomeUtamaBangunan DUN Sabah diisytiharkan sebagai kawasan larangan

Bangunan DUN Sabah diisytiharkan sebagai kawasan larangan

Read Time:24 Second

Kota Kinabalu: Kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diisytiharkan  sebagai kawasan larangan dan tempat larangan.

DUN Sabah dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharan itu dinyatakan melalui satu perintah yang diwartakan berkuatkuasa pada 2 September lalu.

“Salinan perintah tersebut diserahkan oleh Penolong Pengarah daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sabah Julasri Kurais kepada Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

“Penyerahan perintah itu diserahkan pada Oktober lalu di Bangunan DUN Sabah,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular