HomeUtamaHajiji terima kunjungan KP Maritim Malaysia

Hajiji terima kunjungan KP Maritim Malaysia

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd. Rosli Abdullah di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Mohd Rosli dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 17 September lalu. Sebelum itu beliau merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.

Terbaharu beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Maritim Malaysia termasuk Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular