HomeUtamaLangkah proaktif perlu diambil pastikan rakyat tidak terbeban kesan kenaikan gaji minimum

Langkah proaktif perlu diambil pastikan rakyat tidak terbeban kesan kenaikan gaji minimum

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kuala Lumpur : Kerajaan perlu melaksanakan beberapa langkah proatif bagi memastikan rakyat tidak terbeban terutama selepas kenaikan gaji minimum daripada  RM1,500 kepada RM1,700 yang bermula Februari 2025.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, langkah kenaikan gaji itu merupakan satu langkah positif Kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup rakyat.

Namun katanya, kadar kenaikan gaji baharu itu seharusnya tidak memberikan kesan domino kepada rantaian perkhidmatan dan barangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selaku pengguna.

“Hal ini kerana terdapat keluhan daripada majikan yang terpaksa menaikkan kadar harga perkhidmatan dan barangan mereka bagi menampung kos operasi yang meningkat. 

“Misalnya, para pengusaha Taska juga menyuarakan bahawa mereka terpaksa meningkatkan kadar yuran bulanan bagi menampung kenaikan gaji minimum yang sudah pastinya ianya akan memberi kesan kepada ibu-bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan menyediakan insentif cukai terutamanya kepada syarikat kecil dan sederhana bagi menampung peningkatan kos tersebut.

Katanya, Kerajaan juga perlu membantu meningkatkan kemahiran para pekerja melalui inisatif latihan berterusan agar para pekerja dapat menyumbang kepada nilai tambah bagi meningkatkan produktiviti syarikat.

“Menerusi kaedah ini, kenaikan gaji minimum ini akan meningkatkan kualiti hidup sebenar rakyat tanpa menekan majikan berbanding kenaikan gaji minimum yang menekan majikan dan seterusnya dipindahkan kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, Andi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, isu bebanan guru yang dibebani dengan pelbagai tugasan lain seperti dokumentasi, laporan, program-program dan lain-lain juga perlu diambil perhatian Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Justeru itu, saya ingin bertanyakan apakah komitmen pihak KPM untuk memastikan setiap sekolah akan mempunyai pembantu guru yang mencukupi bagi meringankan beban guru serta apakah mekanisma lain yang dirangka untuk mengatasi masalah ini.

“Saya juga ingin memohon elaun guru di kawasan di pedalaman dikaji semula dengan mengambil kira kesusahan dan kepayahan mereka untuk mengajar di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah turut membangkitkan isu kos penghantaran atlet negeri itu yang menyertai sukan di Semenanjung.

Katanya, Kerajaan perlu memberi perhatian untuk memberi bantuan kewangan kepada atlet dari Sabah dan Sarawak dalam usaha bagi menyertai kejohanan sukan yang dianjurkan di Semenanjung disebabkan kos perjalanan yang tinggi.

“Bantuan ini bukan sahaja akan meringankan beban mereka, tetapi juga menggalakkan lebih ramai atlet dari Sabah dan Sarawak untuk terus maju dalam bidang sukan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian sukan negara secara keseluruhan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular