HomeUtamaMisi Bantuan Kemanusiaan Malaysia Ke Filipina Berjalan Lancar

Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia Ke Filipina Berjalan Lancar

Read Time:1 Minute, 17 Second

Manila,Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjaya melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Filipina bagi membantu mangsa bencana akibat Siklon Tropika Trami.

Menurut Ketua Pengarah NADMA, Khairul Shahril Idrus, Misi bantuan ini dilancarkan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan ianya dijalankan dengan kerjasama rapat bersama Kerajaan Filipina dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Misi yang diatur NADMA dan disokong oleh Kementerian Pertahanan Malaysia ini melibatkan satu helikopter EC725 TUDM beserta 16 anak kapal yang telah menjalankan lima misi pengangkutan bantuan dari Manila ke kawasan terjejas, termasuk Albay dan Camarines Sur. Setakat ini, bantuan berbentuk makanan dan barangan keperluan asas telah dihantar ke lokasi yang kritikal.

menurut Khairul lagi, Misi bantuan ini dijangka akan berlangsung selama lapan hari sebelum Siklon Tropika Leon yang diramal bakal melanda Filipina pada awal November 2024.

Siklon Trami yang melanda Filipina baru-baru ini menyebabkan sembilan bandar termasuk Dagupan, Quezon, dan Cotabato diisytiharkan darurat bencana oleh Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina. Lebih 4.6 juta penduduk terkesan dan memerlukan bantuan segera, khususnya di kawasan yang sukar diakses.

Menurut Nadma lagi, Mengambilkira impak bencana dan geografi Filipina sebagai negara kepulauan,
helikopter merupakan aset udara yang paling sesuai sebagai medium pengangkutan untuk menghubungkan kawasan-kawasan yang dilanda bencana.

Oleh itu, NADMA selaku peneraju dalam pengurusan bencana bersama-sama Kementerian dan Agensi
berkaitan telah berjaya mengaturgerak penghantaran bantuan makanan dan barangan dengan lancar seperti yang dijadualkan menggunakan aset udara ini.

Dan Malaysia komited untuk terus membantu negara serantau dalam menghadapi bencana alam, sebagai tanda solidariti terhadap negara jiran.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular