HomeUtamaUMS Sunset Autism Run tingkat kesedaran & pendidikan autisme

UMS Sunset Autism Run tingkat kesedaran & pendidikan autisme

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Usaha meningkatkan kesedaran mengenai autisme adalah penting dan perlu diberi perhatian serius oleh semua lapisan masyarakat.

Salah seorang peserta USAR 2024 ketika sesi pemanasan badan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata autisme adalah peluang untuk masyarakat memahami kepelbagaian dalam pembangunan minda manusia yang perlu diraikan, difahami dan diintegrasikan dalam setiap aspek kehidupan.

“Setiap individu tidak kira latar belakang mereka mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat jika diberikan sokongan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penganjuran program UMS Sunset Autism Run (USAR) 2024
yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Ahsim ketika melepaskan peserta larian yang bermula dari Dewan Kuliah Pusat 1 UMS.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah Parlimen P.171 Sepanggar, Ahsim Jamat mewakili Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Menurut Kasim, UMS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang berperanan penting dalam pembentukan minda dan penyelidikan, berasa bertanggungjawab untuk turut serta dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai autisme.

“Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama dalam mengatasi segala kekangan dan prejudis yang mungkin wujud dalam masyarakat.

“Pada hari ini kita bukan sahaja berkumpul untuk membincangkan kepentingan kesedaran autisme, tetapi juga untuk memperkukuh komitmen kita dalam usaha ini,” ujarnya.

Tambah beliau, UMS akan terus menjadikan program-program seperti itu sebagai acara tahunan agar ia dapat memberi manfaat kepada komuniti, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di seluruh negara.

“Kerjasama erat antara pihak universiti, organisasi seperti Sabah Autism Society (SAS), dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi melahirkan sebuah ekosistem yang inklusif dan menyokong perkembangan semua individu, termasuk mereka yang hidup dengan autisme,” katanya.

USAR 2024 merupakan penganjuran kali ke-4 bersama SAS, Pusat Minda Lestari UMS, Pusat Alumni UMS serta Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS dengan sokongan agensi kerajaan dan swasta.

Turut hadir, Penaung SAS, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Dr. Raman Noordin serta Pengerusi SAS, Jennifer Balanting.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular