HomeEkonomiYTL PowerSeraya Bina Loji Hidrogen Baharu di Pulau Jurong, Sasar Pengurangan Emisi...

YTL PowerSeraya Bina Loji Hidrogen Baharu di Pulau Jurong, Sasar Pengurangan Emisi Besar-Besaran

Read Time:1 Minute, 50 Second

Singapura – Singapura bakal membangunkan loji janakuasa sedia hidrogen di Pulau Jurong sebagai satu langkah besar dalam meningkatkan usaha kemampanan negara.

Dalam laporan yang dipetik dari CNA, loji ini dijangka dapat menyumbang ke arah matlamat sifar karbon menjelang 2050 dan menyediakan tenaga lebih bersih melalui penggunaan hidrogen hijau.

Dengan kapasiti penjanaan sebanyak 600 megawatt, loji ini akan mengurangkan pelepasan karbon kepada satu pertiga daripada kadar pelepasan loji konvensional.

Menurut laporan itu lagi , YTL PowerSeraya, pelabur utama loji tersebut, telah mengumumkan komitmen sebanyak 800 juta dolar Singapura untuk membangunkan loji ini, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL PowerSeraya John Ng berkata mereka  menekankan bahawa projek ini akan memerlukan sokongan antara bidang kuasa berbeza bagi membangunkan sistem sokongan hidrogen hijau di peringkat serantau.

Katanya loji hidrogen ini dijangka berupaya memberi penjimatan kos jangka panjang.

“Kecekapan loji ini, yang dijangka meningkat sehingga 10 peratus, akan memberikan penjimatan ketara bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam pengurangan pelepasan karbon sebanyak 15 peratus,”

Walaupun kos pembangunan awal lebih tinggi, kecekapan operasi loji dijangka akan menghasilkan nilai ekonomi yang lebih baik untuk jangka Panjang katanya di dalam temubual berkenaan.

Loji baru ini juga dijangka akan membuka peluang pekerjaan baharu dalam sektor tenaga bersih.

“  YTL PowerSeraya sedang berusaha untuk melatih dan menaik taraf kemahiran pekerja agar mereka bersedia mengendalikan teknologi baru ini dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam industri.

 “Kami komited untuk memastikan pekerja dilatih semula agar tidak ada yang terpinggir dalam proses peralihan ini,”  katanya.

Tambahnya John lagi, kerjasama antarabangsa turut menjadi fokus penting dalam pembangunan loji ini. Infrastruktur seperti saluran paip dan kemudahan penyimpanan hidrogen akan memerlukan sokongan teknologi dari negara-negara lain.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Singapura merancang untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara jiran bagi membangunkan rantaian bekalan tenaga hijau secara bersama.

Dengan potensi pembangunan lebih banyak loji hidrogen di masa depan, Singapura berharap agar dapat menjadi hab tenaga bersih yang kompetitif di rantau ini, yang bukan sahaja menguntungkan negara tetapi juga menyokong usaha global dalam mengurangkan pelepasan karbon.

“Kolaborasi serantau adalah penting untuk kejayaan peralihan tenaga ini, kerana kerjasama seluruh rantau adalah kunci bagi memastikan kelestarian dan keamanan tenaga,” kata laporan itu

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular