HomeIsu tempatanNDRC UMS hadiri Persidangan APMCDRR

NDRC UMS hadiri Persidangan APMCDRR

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) memperkukuhkan komitmen dalam penyelidikan dan pengurusan bencana apabila terlibat dalam Persidangan ‘Asia Pacific Ministerial Conference on Disaster Risk Reduction’ (APMCDRR) 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Manila, Filipina baru-baru ini.

Persidangan anjuran United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) dengan kerjasama Kerajaan Filipina itu disertai Pengarah NDRC UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus sebagai delegasi rasmi Malaysia di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Carolyn, penglibatan NDRC dalam persidangan ini amat penting bagi memindahkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan bencana di peringkat Asia Pasifik serta mengetengahkan penyelidikan dan kerjasama antarabangsa yang dijalankan oleh UMS.

“Penyertaan dalam APMCDRR 2024 memperkukuhkan hubungan antara NDRC, UMS dan NADMA, di samping meningkatkan kerjasama penyelidikan rentas negara dalam pengurusan risiko bencana.

“Penglibatan ini juga membantu mengemas kini kerjasama sektoral pada peringkat antarabangsa,” jelas Carolyn.

Beliau turut menekankan bahawa persidangan empat hari ini memberi peluang kepada NDRC untuk berkongsi pengalaman serta membincangkan strategi pengurusan bencana dengan pihak lain, terutamanya yang berkaitan dengan isu perubahan iklim.

“Sesi plenari, sesi kerja dan acara tumpuan turut membolehkan peserta bertukar idea serta melihat pendekatan pengurangan risiko bencana (DRR) inovatif yang diamalkan oleh negara-negara lain.

“Salah satu inisiatif Malaysia yang diketengahkan dalam persidangan ialah pelaksanaan Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) oleh komuniti di Mesilau, Kundasang, yang menjadi model pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti di negara ini,” ujar beliau.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dato’ Ismail Mohd Zawawi; serta Pegawai Penyelidik NDRC UMS, Eldawaty Madran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular