HomeUtamaInisiatif Yayasan Kasih Suria diiktiraf beri sumbangan besar kepada masyarakat di Sabah

Inisiatif Yayasan Kasih Suria diiktiraf beri sumbangan besar kepada masyarakat di Sabah

Read Time:2 Minute, 34 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengiktiraf usaha Datuk Raya Erom untuk menubuhkan dan mengembangkan Yayasan Kasih Suria yang telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada negeri Sabah.

Hajiji berkata, pencapaian Yayasan Kasih Suria selama 30 tahun adalah bukti bahawa yayasan itu bukan sahaja telah bertahan selama lebih 30 tahun, tetapi juga terus berinovasi dan memberi impak besar kepada masyarakat kita.

Katanya, di bawah kepimpinan Datuk Raya Erom, yayasan ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan sumbangan besar kepada masyarakat, terutamanya dalam bidang pendidikan, kebajikan, dan pembangunan sosioekonomi.

“Sepanjang lebih tiga dekad ini, Yayasan Kasih Suria telah menjadi sumber inspirasi kepada banyak pihak melalui usaha-usaha seperti Rumah Kebajikan Suria yang memberi tempat perlindungan kepada anak-anak yatim, hingga kepada Pusat Seni Suria yang memberikan platform kepada belia kita untuk mengembangkan bakat seni mereka, Yayasan telah berjaya mengubah kehidupan ramai orang.

“Ia juga telah mewujudkan Sekolah Agama Suria di Tuaran yang menjadi pusat bimbingan ilmu agama, memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan.

“Sebagai penghormatan, saya mengiktiraf sumbangan dan dedikasi Datuk Raya Erom dalam usaha beliau untuk menubuhkan dan mengembangkan yayasan ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada Sabah,” katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam Amal Yayasan Kasih Suria di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi.

Teks ucapan Hajiji disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Menurut Hajiji, sumbangan beliau kepada anak-anak yatim, sehinggalah kepada pemberian tanah beliau sendiri kepada Jabatan Penjara Malaysia Sabah bagi tujuan pemulihan dan reintegrasi bekas banduan, usaha beliau ini sangatlah luar biasa.

“Ianya menunjukkan nilai sebenar seorang pemimpin dan insan yang mementingkan kesejahteraan masyarakat.

“Beliau telah berjaya menggabungkan kepedulian peribadi dan tanggungjawab sosial untuk membina sebuah yayasan yang menjadi tonggak dalam kerja-kerja kebajikan di Sabah.

“Semangat dan komitmen beliau patut dijadikan contoh dan inspirasi kepada kita semua,” kata Hajiji.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Suria, Datuk Raya Erom berkata Yayasan Kebajikan Suria kini telah melalui satu proses transformasi penting, iaitu penjenamaan semula kepada Yayasan Kasih Suria.

“Nama baru ini dipilih dengan penuh teliti, bagi mencerminkan nilai-nilai kasih sayang, keikhlasan, dan keprihatinan yang telah menjadi asas kepada segala usaha kami selama ini.

“Walaupun namanya berubah, komitmen kami kepada pendidikan, pengurangan kemiskinan, dan pembangunan sosioekonomi masyarakat tetap kekal sama.

“Saya percaya dengan identiti baru ini, kami mampu mengembangkan lagi usaha-usaha kebajikan kami bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di seluruh Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Dalam pada itu Raya yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak turut merakamkan tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja, penyumbang, dan sukarelawan yang telah banyak menyokong perkembangan yayasan itu.

Raya Erom (dua kanan) menerima sumbangan daripada salah seorang penyumbang sambil disaksikan Arifin (tengah) pada majlis itu.

Pada majlis itu juga selain pelancaran penjenamaan semula nama yayasan tersebut turut dimaklumkan pelancaran Buku bertajuk “Catatan Perjalanan Datuk Raya Erom” yang mengisahkan perjalanan suka duka Datuk Raya Erom mengendalikan Yayasan Kasih Suria selama 30 tahun. Buku tersebut dilancarkan hari ini di SICC.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular