HomeSukanLebih 1,000 peserta sertai berbasikal bersama TYT

Lebih 1,000 peserta sertai berbasikal bersama TYT

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Lebih 1,000 peserta telah menyertai acara berbasikal bersama Tuan Yang Terutama (TYT) yang berlangsung di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Acara yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-71 TYT Yang di-Pertua Negeri itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Joachim membuat pelepasan kayuhan peserta

Kayuhan sejauh 22.5 kilometer itu diketuai isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan pelepasan disempurnakan Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Joachim ketika ditemui berkata, acara berbasikal itu merupakan acara tahunan yang diadakan sempena Hari Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Sudah pasti acara berbasikal seumpama ini amat baik untuk kesihatan dan saya juga ingin mengingatkan para peserta untuk berhati-hati sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Selain kayuhan, Toh Puan turut berkesempatan menanam pokok di Pantai Tanjung Aru yang merupakan ‘Pit Stop’ kedua para peserta kayuhan.

Laluan sejauh 22.5 kilometer itu bermula di Padang Merdeka melalui beberapa kawasan antaranya di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); Cyber City; Perhentian Bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA); Pantai Tanjung Aru 1; Bulatan Masjid Negeri; Hotel Hilton sebelum kembali ke Padang Merdeka. 

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menyempurnakan acara pemotongan kek sebaik para peserta kayuhan tiba di Padang Merdeka selain acara hiburan turut diadakan – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular