HomeSukanLiga Super : Sabah FC bermain tanpa tiga tonggak utama bertemu KDN...

Liga Super : Sabah FC bermain tanpa tiga tonggak utama bertemu KDN FC

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu :  Tiga tonggak utama Sabah FC berkemungkinan tidak diturunkan pada perlawanan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Likas petang ini selepas dikenal pasti mengalami kecederaan.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, antara pemain yang masih cedera termasuk Saddil Ramdani, Kwang-min Ko dan Jafri Chew.

Katanya, setakat ini beliau tidak akan melakukan penggiliran pemain memandangkan perlawanan ini cukup penting bagi memastikan skuad Badak berada di kedudukan terbaik dalam carta Liga Super.

“Saya hanya akan membuat pertukaran pemain dan mengenal pasti beberapa pemain lain untuk mengambil alih posisi ditinggalkan pemain-pemain yang cedera ini.

“Kemungkinan besar beberapa pemain lain sudah bersiap sedia untuk  diturunkan bagi memastikan Sabah FC tidak kehilangan tiga mata berharga di Stadium Likas pada perlawanan esok,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kim Swee berkata dalam tiga perlawanan lalu, Sabah FC mendapat keputusan yang cukup positif dan ini bukan bermakna skuad badak harus mengambil mudah ketika melayan kunjungan Kelantan. 

“Kita tidak boleh leka walaupun bermain di tempat sendiri, Seperti  saya katakan sebelum ini kita (Sabah FC) harus kekal konsisten.

“Untuk kekal berada di tempat pertama, kedua dan ketiga merupakan idaman Sabah FC, tetapi kita harus kekal fokus dan paling penting adalah konsistensi pada petang esok (hari ini),” katanya.

Tambahnya, Sabah FC tidak ingin kekal berakhir pertengahan musim di tangga kedua ataupun ketiga  namun ingin mendapatkan kedudukan terbaik apabila di penghujung musim nanti. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular