HomeUtama‘Museum Festival’ tonjol keunikan Sabah

‘Museum Festival’ tonjol keunikan Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penganjuran ‘Museum Festival’ 2024 merupakan inisiatif dan usaha Jabatan Muzium Negeri Sabah dalam menonjolkan  keunikan negeri melalui aktikviti-aktiviti kebudayaan tempatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, festival itu juga turut memperlihatkan komitmen Jabatan Muzium Negeri Sabah dalam memulihara dan memelihara warisan budaya negeri.

Katanya, ini juga adalah selaras dengan objektif Enakmen Warisan Negeri 2017.

“Festival ini secara tidak langsung menterjemahkan Dasar Kerajaan negeri dalam usaha mengangkat dan menjaga identiti negeri Sabah.

“Pada masa yang sama, festival ini turut membuka ruang dan potensi sebagai produk pelancongan negeri yang mampu menarik minat pelawat domestik dan antarabangsa dalam meraihkan kebudayaan kita secara bersama.

“Ini juga secara tidak langsung memberi impak positif ke atas ekonomi masyarakat tempatan dalam menjana pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ‘Museum Festival’ 2024 di Kampung Warisan Fasa Dua Kompleks Muzium Sabah di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Mary Malangking.

Christina berkata, pihaknya sentiasa menyokong dan menggalakkan festival seumpama itu diadakan  kerana ianya merupakan medium yang dapat menarik minat generasi muda dan golongan belia terlibat sama dalam aktiviti yang sihat.

“Saya difahamkan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini. Misalnya persembahan band etnik, tarian etnik, pameran, demonstrasi dan gerai jualan.

“Saya yakin dengan kehadiran dan sokongan semua ianya akan memeriahkan lagi pengisian acara yang telah disusun rapi dengan pelbagai aktiviti yang berasaskan kebudayaan tempatan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular