HomeSukanLiga Super : Sabah FC tidak mahu terlalu leka

Liga Super : Sabah FC tidak mahu terlalu leka

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu para pemain tidak terlalu leka dengan kedudukan pasukan pada saingan Liga Super ketika ini.

Katanya, para pemain perlu terus mengekalkan momentum dan memperbaiki kelemahan yang ada jika ingin berada dilandasan yang lebih baik.

“Ini satu perkara yang jarang kita dapati, namun usaha para pemain  pada perlawanan pertama menentang Perak, Penang, Kedah dan seterusnya malam ini, mereka membuktikan bukan sahaja dengan sikap positif tetapi konsistensi yang selalu saya tekankan.

“Hari ini kita dapat lagi satu kemenangan dan kita tidak boleh leka dimana ini pertengahan musim menuju ke penghujung musim, jadi jika kita ingin  berada dilandasan lebih baik kita harus mengekalkan momentum dan memperbaiki kelemahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Likas di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, Sabah menepati sasaran untuk mengutip tiga mata lagi di Stadium Likas selepas membelasah KDN FC 4-1.

Tiga jaringan masing-masing disudahkan Sabah pada babak pertama dan satu pada separuh masa kedua, manakala pasukan pelawat menjaringkan gol tunggal pada babak pertama.

Gol Sabah masing-masing dijaringkan Joao Pedro pada minit ke16 dan 45; Farhan Roslan (M28) dan Gabriel Peres minit ke-60.  Gol tunggal KDN FC dijaringkan Mohamad Fazrul pada minit ke-27.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, pemain yang mengalami kecederaan seperti Partk Taesu; Darren Lok; Saddil Ramdani; Ko Kwan Min dan Jafry Chiew akan kembali pulih bagi menghadapi pusingan liga termasuk saingan Piala Malaysia.

Sabah FC kini berada ditangga ketiga mengutip 26 mata dibelakang Selangor FC yang mengutip 29 mata. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular