HomeIsu tempatanPelajar kejuruteraan UMS teroka pembinaan jambatan 'Pre-Cast' di Petagas

Pelajar kejuruteraan UMS teroka pembinaan jambatan ‘Pre-Cast’ di Petagas

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu:  Seramai 61 pelajar tahun kedua dari program Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS), mendapat peluang unik belajar di tapak sebenar melalui program ‘On-Site Learning’ yang diadakan di Kampung Padang Tengah, Petagas, baru-baru ini.

Pensyarah FKJ, Sr. Ts. Dr. Asmawan Mohd Sarman berkata, program itu bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada teknologi pembinaan moden, khususnya ‘Pre-cast Construction’ menggunakan Teknologi DURA.

“Di samping itu, dengan pendedahan awal ini, pelajar dapat mengetahui bagaimana kaedah pembinaan yang mereka pelajari dalam kelas diterapkan dan dipraktikkan dalam situasi sebenar di tapak pembinaan.

“Mereka juga akan mendapat gambaran sebenar mengenai proses pengurusan kontrak sebenar bagi projek pembinaan yang sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Program ini dijalankan hasil kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu dan Azam Lumut Sdn Bhd, serta turut dihadiri oleh Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, bersama jurutera bahagian, Ts. Zulkefli Salip Arjun yang juga merupakan alumni UMS.

Sepanjang program tersebut, para peserta mendapat bimbingan di tapak oleh Ts. Dr. Elis Mardzianah Datuk Mazlan dan James Thomas, jurutera utama projek, yang memberikan penerangan mendalam mengenai proses pembinaan jambatan dengan Teknologi DURA.

Pengalaman berharga ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan pengetahuan praktikal mereka dalam bidang pembinaan, selain menyemarakkan semangat mereka untuk meneroka ilmu yang diperoleh di bilik kuliah dalam situasi sebenar. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular