HomeUtamaPenglibatan belia di peringkat akar umbi terus diperhebatkan

Penglibatan belia di peringkat akar umbi terus diperhebatkan

Read Time:1 Minute, 47 Second

Tawau: Karnival Anak Muda Sabah Maju Jaya (SMJ) Kalabakan adalah antara usaha dan langkah kerajaan dalam memperbanyakkan program yang melibatkan belia di peringkat akar umbi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha ini juga adalah manifestasi kerajaan untuk memartabatkan golongan belia di seluruh negeri, selaras dengan aspirasi teras kedua pelan pembangunan Hala Tuju SMJviaitu Pembangunan Modal Insan.

“Belia adalah aset yang amat penting untuk negara malah golongan ini adalah generasi pewaris masa depan. Atas sebab itu, saya amat mengalu-alukan program Karnival Anak Muda seperti ini yang sudah pasti memberi manfaat kepada golongan belia khususnya di daerah ini.

“Masa depan negara dan rakyat kita adalah di tangan generasi muda masa kini, iaitu belia. Oleh itu, penglibatan belia di peringkat akar umbi akan terus diperhebatkan. Kerajaan juga sentiasa terbuka untuk mendengar aspirasi anak-anak muda di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Karnival Anak Muda SMJ Kalabakan di Kompleks Sukan Tawau, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Dalam pada itu Hajiji berkata Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia yang meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial, pada tahun ini.

“Program ini juga antara lain untuk melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi, Selain itu, kerajaan turut membelanjakan jumlah yang besar untuk menyediakan pelbagai inisiatif dalam aspek pendidikan seperti menyediakan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman. pendidikan. Ini bagi memastikan anak-anak kita dapat meneruskan pengajian mereka hingga ke tahap lebih tinggi.

“Di samping itu, kerajaan turut menyediakan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Yayasan Kebajikan  Sabah,  termasuk  beberapa  insentif  lain  dengan  objektif untuk membantu rakyat yang amat memerlukan bantuan segera, terutama mereka yang berada dalam kategori B40 dan M40,” katanya.

Justeru itu, Hajiji berharap agar golongan belia sentiasa bersama dan menyokong kerajaan untuk menjayakan agenda besar pembangunan negeri ini iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Banyak yang telah, sedang dan akan kita laksanakan menerusi agenda Hal Tuju SMJ. Oleh itu, golongan belia kita perlu membantu untuk menguar-uarkan segala inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular