HomeSukanSabah FC adalah pilihan utama - Kim Swee

Sabah FC adalah pilihan utama – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee kekal menjadikan Sabah FC sebagai pilihan utama untuk meneruskan tugas sebagai pengendali skuad Badak selepas  kontraknya akan tamat akhir bulan ini.

Katanya, beliau kini masih menunggu keputusan pengurusan pasukan itu berhubung kedudukannya sebagai pengendali yang akan tamat kontrak pada akhir bulan ini selepas berkhidmat sejak 2021.

Menurutnya, beliau  menghormati apa saja keputusan pengurusan Sabah FC berhubung statusnya, sama ada akan dikekalkan atau sebaliknya.

“Saya sudah dimaklumkan oleh Pengurus Sabah FC, Rafie Robert, di mana pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan apa hala tuju pihak pengurusan.

“Bagi saya, saya sudah katakan dari awal yang mana Sabah FC adalah pilihan utama dan saya harus menghormati apa juga keputusan sama ada saya kekal atau tidak.

“Saya percaya ini akan memberi banyak spekulasi dan bagi saya tugas saya hanya akan berakhir buat masa ini pada penghujung November,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan Sabah FC menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Kim Swee ditanya mengenai statusnya sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC, sama ada bakal disambung atau tidak berikutan tempoh kontraknya sekarang hanya berbaki tidak sampai sebulan.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan pihak pengurusan Sabah FC mengenai kedudukannya dan berharap peminat Sang Badak bersabar menunggu keputusan yang dijangka diumum dalam masa terdekat.

“Buat masa ini belum ada lagi mesyuarat di antara saya dan pengurusan Sabah FC tetapi saya dmaklumkan pengurus yang pihak pengurusan akan buat mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular