HomeUtamaHajiji arah JKR Negeri untuk lebih proaktif dalam menyelesaikan isu 'jalan bulan'

Hajiji arah JKR Negeri untuk lebih proaktif dalam menyelesaikan isu ‘jalan bulan’

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah diarah untuk menyelesaikan isu jalan rosak termasuk ‘jalan bulan’ di seluruh Sabah secara proaktif.

Arahan tegas itu diberikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika mengadakan lawatan kerjanya ke Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah di Bangunan JKR, Sembulan di sini pagi tadi.

“Kita mesti proaktif. Jika perlu, arahkan syarikat konsesi untuk membaiki kerosakan dengan segera.

“Kita mesti sentiasa memikirkan keperluan rakyat. Tanpa tindakan, kerajaan dan JKR akan terus mendapat kritikan daripada rakyat,” katanya.

Hajiji berkata, pemantauan pegawai adalah penting sama ada melibatkan jalan persekutuan atau negeri.

“Ambil perhatian terhadap rungutan rakyat. Aduan sentiasa ada. Jadi saya mahu JKR Negeri tidak menunggu tetapi mencari penyelesaian segera kepada masalah tersebut,” katanya.

Mengenai isu Air Tidak Berhasil (NRW) di Sabah, Hajiji berkata Kerajaan Negeri akan mendapatkan penyiasat bebas untuk mengenal pasti punca 60 peratus NRW, sambil menambah bahawa kes kecurian air adalah berleluasa di Sabah.

Dalam pada itu, mengenai kekurangan tenaga kerja Kementerian, Hajiji telah mengarahkan Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong untuk meneliti perkara tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata kementeriannya akan terus meningkatkan usaha untuk menyelesaikan isu tersebut melalui pelbagai inisiatif.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri  Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Phoon Jin Zhe serta Menteri Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi hadir ke pejabat SPRM secara sukarela

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular