HomeUtamaRM6.2 juta disalurkan kepada 176 sekolah, badan keagamaan bukan Islam

RM6.2 juta disalurkan kepada 176 sekolah, badan keagamaan bukan Islam

Read Time:1 Minute, 18 Second


Beaufort  : Sebanyak RM6.2 juta bantuan kewangan telah diserahkan kepada 176 sekolah dan badan keagamaan bukan Islam bagi Zon Pedalaman Bawah di sini hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, junlah penerima itu adalah melibatkan 48 buah sekolah; 100 buah gereja dan 28 buah tokong.

“Daripada jumlah bantuan kewangan yang disalurkan, sebanyak RM3.6 juta diberikan kepada sekolah; RM1.7 juta kepada gereja dan RM877,000 lagi diagihkan kepada tokong terlibat.

“Kerajaan Sabah senantiasa prihatin dan juga mengamalkan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek untuk membantu rakyatnya tanpa mengiran kaum dan agama demi mengekalkan keharmonian masyarakat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri kepada Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam 2024 bagi Zon Pedalaman Bawah di Dewan Pa Musa di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Daerah yang terlibat adalah Papar; Membakut; Beaufort; Kuala Penyu; Menumbok dan Sipitang.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, pihaknya berharap agar sumbangan dan bantuan kewangan itu akan dapat memberi keselesaan dan manfaat serta dapat memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat di Sabah.

Beliau turut menyifatka bantuan kewangan itu adalah sebagai pelengkap untuk meringankan beban sekolah dan badan keagamaan dalam usaha memastikan kemudahan sekolah serta rumah ibadat sentiasa dalam keadaan kondusif.

“Sukacita saya maklumkan bahawa permohonan bantuan kewangan 2025 akan dibuka mulai 2 Januari  hingga 31 Mac 2025.

“Borant permohonan boleh diakses di laman web Kementerian Kewangan Negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular