HomeIsu tempatan80 pekebun kecil LKM sertai Kursus Teknologi Pasca Tuai Koko

80 pekebun kecil LKM sertai Kursus Teknologi Pasca Tuai Koko

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Marudu : Seramai 80 pekebun kecil di bawah seliaan Lembaga Koko Malaysia (LKM) zon Pantai Barat Utara (PBU) menyertai Kursus Teknologi Pasca Tuai Koko Zon PBU Sabah di sini baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama dua hari itu turut disertai peserta dari kawasan pedalaman seperti Ranau dan dirasmikan Pengarah LKM,  Datuk Dr. Ramle Kasin.

LKM dalam satu kenyataan berkata, penyertaan peserta yang hadir memperlihatkan komitmen kukuh mereka dalam memajukan sektor koko negara.

Selain itu, kursus itu juga bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil koko dalam teknologi pengurusan pasca tuai, khususnya bagi meningkatkan kualiti biji koko serta nilai pasaran produk koko tempatan.

“Kursus ini memberi penekanan terhadap Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi menghasilkan biji koko yang berkualiti tinggi dan memenuhi permintaan industri hiliran yang semakin meningkat terhadap koko berperisa unik dan bertaraf premium.

“Pendekatan ini menggandakan nilai pasaran koko tempatan, sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil di kawasan ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain menyediakan pelbagai program pembangunan modal insan dan pemindahan teknologi, LKM turut mengorak langkah dengan membangunkan Portal E-Cocoa yang membantu mempermudah urusan antara pekebun kecil koko, pemain industri, serta LKM melalui platform digital.

Tambah kenyataan itu lagi, para peserta kursus digesa untuk meningkatkan pengeluaran biji koko berikutan harga koko yang tinggi pada masa kini iaitu sekitar RM18 hingga RM23 sekilogram, berbanding RM8 sekilogram pada tahun sebelumnya.

“Kursus ini juga menyampaikan maklumat program pembangunan integrasi koko dan tanaman lain, pembangunan kawasan baru serta pembangunan mini fasiliti pemprosesan koko di kelompok tani, termasuk dua yang baru dibina di Kg. Goshen dan Kg Marak Parak, Kota Marudu,” tambah kenyataan itu lagi.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular