HomeUtamaPenunggang warga emas maut tercampak 16 meter dari motosikal

Penunggang warga emas maut tercampak 16 meter dari motosikal

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut tercampak sejauh 16 meter selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 34, Jalan Kota Kinabalu – Papar, berhampiran lampu isyarat Sabindo dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan tersebut hari ini pada jam 4.30 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar dipercayai telah hlang kawalan lalu terbabas dan mangsa tercampak sejauh 16 meter dari jarak kedudukan motosikal.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berumur 75 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Sammy meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular