HomeUtamaBeberapa kawasan di Pantai Timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik

Beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah kini mengalami gangguan bekalan elektrik.  

Sabah Electricity dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat adalah di Sandakan,  Lahad  Datu,  Kunak,  Semporna,  Beluran,  dan Kinabatangan.

“Gangguan berlaku pada jam 12.14 tengahari dan Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bagi memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas ini.

“Sabah Electricity juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda,” menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu turut menasihati penggun  untuk  menghubungi  Sabah  Electricity  Careline  15444  atau  088- 515000.

Dalam pada itu Sabah  Electricity dalam kemaskini di Facebook rasminya memaklumkan empat kawasan telah pulih sepenuhnya kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Antara kawasan yang telah pulih sepenuhnya adalah Sandakan; Kinabatangan; Beluran dan Kunak.

Manakala Semporna; Lahad Datu dan Tawau masih dalam proses pemulihan.

Sabah Electricity masih meneruskan usaha bagi memulihkan bekalan kepada kawasan-kawasan yang masih terkesan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular