HomeUtamaJangan jadikan Sabah makmal ujikaji politik - Masidi

Jangan jadikan Sabah makmal ujikaji politik – Masidi

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, menyatakan bahawa Sabah tidak sepatutnya dijadikan tempat eksperimen politik dan menyeru supaya negeri itu dihormati.

Masidi melahirkan kekecewaan beliau, mengingatkan bahawa Sabah telah banyak menyumbang kepada negara, terutamanya dalam sektor kekayaan dan minyak, namun dilayan seolah-olah seperti “tikus uji kaji dalam makmal.”

Beliau turut mengulas sejarah politik Sabah yang dianggap sering menjadi subjek eksperimen politik. Salah satu contohnya ialah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah setiap dua tahun, yang menurut beliau, telah menyukarkan seorang Ketua Menteri untuk membuat perubahan bermakna dalam tempoh yang singkat. Masidi menyatakan bahawa terdapat beberapa keputusan yang mungkin telah dikesali akibat kekangan masa tersebut.

“Selain itu banyak keputusan, disebabkan peraturan masa, saya rasa kami mungkin telah menyesali banyak, beberapa keputusan kerana kami tidak mempunyai masa untuk berfikir mengenai keperluan untuk membuat keputusan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis 2024 di Pusat Konvensyan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai perkara itu ditujukan kepada Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menyatakan PRN Sabah ke-17 tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), Masidi berkata ia menuju kepada siapa yang berfikir Sabah adalah tempat eksperimen politik.

“Ia menuju kepada sesiapa yang fikir Sabah adalah tempat eksperimen politik. Bukan dia. Apa yang saya katakan adalah, tolong hormati Sabahan.

“Sebenarnya, pesanan saya adalah, hormati Sabahan. Saya rasa, untuk semua yang kami lakukan terhadap negara ini, terutamanya berkaitan dengan kekayaan dan minyak, saya rasa kita tidak berhak hanya menjadi tempat eksperimen dengan politik sebenarnya kita banyak membantu sebaliknya melayan kita seperti “tikus dijadikan bahan ujikaji dalam makmal,” tegasnya.

Menurut Masidi, beliau yakin walaupun ia merupakan pandangan peribadinya namun pandangan yang sama juga turut diluahkan daripada parti Gagasan Rakyat dan juga parti komponen lain Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Masidi juga menekankan bahawa pendapatnya ini bukan bersifat anti-Kuala Lumpur, tetapi lebih kepada seruan agar Sabah diberikan penghormatan yang sewajarnya. Beliau yakin pandangannya turut dikongsi oleh pemimpin-pemimpin Gagasan Rakyat dan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita hanya mahu orang Sabah ini diberi penghormatan yang selayaknya. Kita bukan lebih-lebih. Seperti yang saya katakan tadi, GRS akan menjadi rakyat Malaysia yang bangga menjadi rakyat Malaysia,” tegas Masidi

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular