HomePolitikJangan Paksa dengan Siapa Yang Harus Kami Bekerjasama - Armizan

Jangan Paksa dengan Siapa Yang Harus Kami Bekerjasama – Armizan

Read Time:1 Minute, 29 Second

KINARUT – Rakyat Sabah tidak boleh dipaksa, terutama dalam hal pilihan raya. Kita tahu dari dahulu, apabila ada paksaan, calon bebas juga mampu menang. Biarlah keputusan gabungan ini ditentukan oleh kepimpinan di Sabah ujar Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.

Katanya, apa yang penting, gabungan tersebut bukan sekadar untuk menang pilihan raya, tetapi juga untuk mewujudkan kerajaan yang stabil, harmoni, dan mampu bekerjasama. katanya mengulas mengenai kerjasama politik menjelang Pilihanraya Negeri Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri itu turut berkata bahawa parti GRS menekankan komitmen bagi memperkukuhkan Sabah melalui kerjasama yang ikhlas dan memelihara kestabilan kerajaan negeri.

Menurutnya, semua keputusan penting, termasuk dalam hal gabungan politik, akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi GRS.

“Keputusan akan dibuat oleh Majlis Tertinggi GRS kerana ia adalah gabungan parti tempatan yang terdiri daripada pelbagai parti. Oleh itu, keputusan tidak dibuat secara bersendirian tetapi mempertimbangkan pandangan semua pihak yang terlibat.”

Mengulas mengenai kerjama yang terbentuk, jelas Armizan jika ada pihak yang ingin bekerjasama dengan GRS, mereka tidak perlu menunggu pilihan raya.

“Kita masih ada tempoh setahun; bekerjasamalah dengan kerajaan dan tunjukkan keikhlasan. Kerjasama tidak boleh sekadar kata-kata sambil terus mengkritik.

“Kritikan yang konstruktif tidak menjadi masalah, tetapi kadangkala ada pihak yang bercakap seolah-olah tidak pernah memegang jawatan dalam kerajaan atau mempunyai kuasa,” jelasnya ketika ditemui selepas meninjau Projek Jalan Sabindo di sini hari ini.

Dalam pada itu, Armizan turut menyatakan hasrat untuk melihat Sabah mencapai tahap kemajuan seperti Sarawak, yang berdikari dalam mengurus sumber ekonominya.

“Kalau kita mahu jadi seperti Sarawak, kita harus mencontohi cara mereka,” katanya, menyeru semua pihak untuk bekerjasama membangun negeri ini dan turut Beliau mengingatkan bahawa rakyat telah memilih dengan susah payah turun mengundi, dan adalah penting untuk mengelakkan sebarang pergaduhan atau perebutan jawatan yang hanya akan merugikan rakyat.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tuduhan berat pertikai pelantikan Musa sebagai TYT kerana rasuah – Rahman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular