HomeUtamaKerajaan negeri pimpinan Hajiji adalah menyeluruh, perkasa wanita, ekonomi & pendidikan

Kerajaan negeri pimpinan Hajiji adalah menyeluruh, perkasa wanita, ekonomi & pendidikan

Read Time:3 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah menyeluruh dan prihatin terhadap usaha memperkasa golongan wanita, ekonomi dan pendidikan, kata Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda.

Redonah

Menurutnya, segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri masa kini nyata membuktikan bahawa kesungguhan dalam merealisasikan apa yang dijanjikan.

Katanya, Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat Sabah mentadbir kerajaan dengan membawa hala tuju yang berfokus tanpa mengenepikan aspek yang berkepentingan khususnya kepada wanita, ekonomi dan pendidikan.

“Ini terbukti sejak kerajaan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, ketika itu pertumbuhan ekonomi negatif 7.5 peratus. Namun setelah mentadbir, angka itu bertukar dan pada tahun 2021, ia telah meningkat 1.5 peratus, sekaligus situasi peningkatan serupa dicatatkan pada tahun 2022 dengan catatan 3.5 peratus.

“Bagi tahun terkini 2023 ia meningkat kepada empat peratus, dan tahun ini melonjak menjadi 4.5 peratus,” kata Redonah ketika berucap semasa Perhimpunan Agung Tahunan, Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Sabtu.

Redonah berkata, peningkatan hasil Kerajaan Negeri sebanyak berjumlah RM5.49b pada tahun 2021 turut meningkat pada tahun 2022, menjadi RM6.96b dan RM6.97b pada tahun 2023.

Selain itu, katanya, peluang pekerjaan juga terbuka luas melalui kilang kibing dan kilang simen yang mana turut memberi peluang memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2500 pemohon serta 170 orang jurutera terdiri daripada anak-anak Sabah.

“Kita juga dengar dan nampak usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat, melalui Rumah Mesra SMJ.

“Tahun ini peruntukan sebanyak 20 buah rumah diberikan untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri dan jumlah ini akan bertambah, menjadi 40 buah rumah untuk setiap DUN pada tahun hadapan.

“Kerajaan Negeri juga termasuk dengan mewujudkan pelbagai bantuan pendidikan serta biasiswa kepada pelajar anak Sabah, bantuan kos penerbangan pelajar pulang semasa perayaan sebanyak RM600 dan pengangkutan dalam negeri berjumlah RM300,” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menyeru kepada semua perwakilan wanita yang hadir untuk peka terhadap segala usaha Kerajaan Negeri membawa perubahan kepada rakyat.

“Sumbangkan tenaga anda melalui media sosial, komen, dan kongsikan hebahan usaha-usaha ini kepada semua pihak kerana inilah yang membuktikan kekuatan kita dalam parti, kita mendukung ketua dan pimpinan kita di atas.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada Persatuan Wanita Negeri Sabah dan RM6.3 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) serta RM700 ribu bagi Penasihat Wanita Sabah.

“Banyak dana disalurkan melalui projek jangka pendek dan kepada persatuan-persatuan wanita, dan ini adalah bukti jelas bahawa Ketua Menteri kita mengiktiraf wanita sebagai pemangkin pembangunan negara,” tegasnya.

Redonah berkata, tuntutan 30 peratus wanita diangkat dalam jawatan-jawatan dalam anak syarikat dan sebagainya, jelas dalam kerajaan negeri hari ini, martabat wanita diangkat.

“Perlantikan senator wanita kita, Annabell Perian yang merupakan Ketua Penerangan kita dan kini mampu membawa suara kita di sana untuk didengar.

“Cadangan 30 peratus ini penting untuk memastikan setiap keputusan lebih holistik serta keseimbangan dalam organisasi dapat dibentuk kerana inilah yang diperlukan dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan lebih mampan,” katanya.

Selain itu, mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ini, Redonah berkata, gerak kerja G10 dan kerjasama berpasukan dalam jentera untuk mengenalpasti pengundi luar dan dalam kawasan amat penting.

“Untuk menang besar dan terus menjadi kerajaan negeri, kita mesti bekerjasama dan saling membantu.

“Saya melihat usaha simulasi PRN yang diadakan oleh DUN Karanaan, menjadi inspirasi dan saya lakukan yang serupa di kawasan saya, di DUN Bandau, juga di kawasan Ketua Menteri kita di DUN Sulaman.

“Semua gerak kerja, pembahagian pengundi dan pelaksanaan program Salam Sayang kita ziarah rumah ke rumah, ini untuk kita jaga pengundi kita dan penting juga dalam tempoh bubar nanti, termasuk tempoh kempen, hingga hari mengundi, semua ini memberi gambaran jelas apa yang sewajarnya kita lakukan dalam jentera.

“Fokus jentera wanita masa kini adalah di kesemua bahagian adalah untuk bekerja bagi menyumbang kepada kemenangan besar bagi PRN ke-17,” tegas beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular