HomeIsu tempatanLaluan Tebobon ke Tuaran mula diselenggara Isnin ini

Laluan Tebobon ke Tuaran mula diselenggara Isnin ini

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Laluan Tebobon menghala ke Tuaran melibatkan jarak sejauh dua kilometer akan mula diselenggara bermula Isnin ini.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, laluan bersebelahan menghala ke Kota Kinabalu yang sebelum ini diselenggara awal bulan ini hampir siap 98 peratus.

“Saya telah melawat jalan Tebobon dan selepas hanya 13 hari kita lawat bermula daripada Petronas ke Sinaway (menghala ke Kota Kinabalu) sejauh dua kilometer sudah 98 peratus siap dan lampu jalan juga sudah dinaikkan.

Mustapha Sakmud

“Jadi saya telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tadi dan juga pihak kontraktor, hari Isnin ini bermula pula daripada Sinaway ke Petronas sepanjang dua kilometer akan mula dilaksanakan penyelenggaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ziarah Madani KPT @ Sepanggar di Kampung Sepakat Jaya di sini hari ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian bagi mengulas perkembangan penyelenggaraan laluan Tebobon ke Tuaran sejauh dua kilometer yang sebelum ini rosak dan tular dimedia sosial.

Katanya, beliau akan terus melawat laluan berkenaan dan turut mengulangi mahu laluan berkenaan siap dalamn tempoh sebulan sehingga hujung bulan ini.

“Kalau ada ruang saya akan melawat juga. Sebab saya mahu sebulan itu siap dua kilometer di kedua-dua arah dan lampu jalan siap dalam masa satu bulan.  Saya akan pastikan bahawa ini akan dilaksanakan.

“Saya ucapkan tahniah kepada pihak JKR dan juga pihak kontraktor yang telah menjalankan tugas dengan amat baik. Jadi ini akan melegakan sedikit aduan-aduan daripada pihak pengguna jalan raya.

Hujung Oktober lalu, Mustapha mahu laluan berkenaan diselenggara dan disiapkan dalam tempoh sebulan bermula awal bulan ini.

Katanya, perkara itu adalah selepas beliau menerima pelbagai aduan dari pengguna jalan raya termasuk yang tular di media sosial. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular