HomeUtamaLetakkan diri dalam 'mod' pilihan raya - Fairuz

Letakkan diri dalam ‘mod’ pilihan raya – Fairuz

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Semua pimpinan dan ahli pergerakan wanita, pemuda dan beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diseru untuk meletakkan diri dalam ‘mod’ Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Datuk Fairuz Renddan berkata, pergerakan parti akan sedia bertempur bagi memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gagasan Rakyat kembali mendapat mandat rakyat.

“Kita tidak tahu bila tarikh sebenar PRN-17 akan dilaksanakan. Mungkin awal, mungkin lambat. Kita berikan mandat itu kepada Presiden menentukan tarikh yang sesuai dilaksanakan PRN.

“Kita mahu Datuk Seri Presiden kembali menerajui kerajaan sekali lagi selepas PRN Sabah kelak dengan mandat yang lebih besar dan meyakinkan. Dalam masa yang sama, Wanita, Pemuda dan Beliawanis menyarankan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk meletakkan lebih ramai calon orang muda dan baharu dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Kami yakin,  sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat memiliki ramai calon yang berpotensi, winnible dan capable candidates,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Agung Tahunan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun.

Fairuz yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan berkata, berdasarkan bilangan pengundi muda yang agak ramai, amat relevan untuk parti meletakkan calon dalam kalangan pimpinan muda dan orang baharu .

“Yakin dan percayalah, jika kita konsisten melakukan gerak kerja parti dengan cekal dan bersungguh-sungguh, parti akan mendapat sokongan daripada rakyat khususnya dalam Pilihan Raya akan datang.

“Teruskan khidmat bakti kepada rakyat, pastikan rakyat merasai sentuhan kita sebagai pimpinan Gagasan Rakyat. Mudah-mudahan dengannya, kita mampu meraih kemenangan dalam PRN ke-17 kelak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular