HomeUtamaILKBS buktikan kemampuan lahir graduan cemerlang

ILKBS buktikan kemampuan lahir graduan cemerlang

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kinarut: Dua graduan Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ke pertandingan peringkat antarabangsa berjaya membuktikan institusi itu mampu melahirkan graduan cemerlang di  peringkat global.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu berkata, pencapaian mereka dalam WorldSkills Competition 2024 di Lyon, Perancis membuktikan ILKBS mampu melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bukan sahaja cemerlang di peringkat Asia malah mampu bersaing di persada antarabangsa.

“Seiring hasrat kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 35 peratus dalam sektor ekonomi negara, KBS terus komited menambah baik dan menawarkan kursus-kursus berkualiti.

“Kursus-kursus ini akan disesuaikan seiring perubahan teknologi terkini untuk memastikan golongan belia lebih berdaya saing, relevan dan menepati keperluan industri.

“Usaha ini sejajar dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030),”katanya ketika berucap pada Majlis menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kinarut di sini semalam.

Pada majlis bertemakan Graduan ILKBS  Menepati Keperluan Industri  itu, seramai 214 graduan muda peringkat Diploma dan Sijil Lanjutan menerima sijil penganugerahan masing-masing.

Nagulendran berkata, keunikan latihan ILKBS  ialah menggabungkan 80 peratus latihan kemahiran dan 20 peratus program pembangunan jati diri.

“Pendekatan ini dilihat mampu memperkukuhkan disiplin pelajar di samping mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin kompleks.

“Langkah ini bertujuan memastikan belia, terutama golongan rentan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan memperkukuhkan kerjasama dengan industri.

“Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI kepada TVET dengan peningkatan peruntukan kepada RM 7.5 bilion berbanding dengan RM 6.8 bilion pada tahun 2024,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan insentif kerajaan melalui pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan dan aktiviti sukan juga turut  diperluaskan kepada ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti bersukan pada tahun 2025.

Tujuannya adalah menggalakkan penuaan secara sihat di samping membudayakan gaya hidup cergas merentas usia selari hasrat Visi Sukan Negara 2030 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular