HomeUtamaPRN boleh diadakan bila-bila masa - Hajiji

PRN boleh diadakan bila-bila masa – Hajiji

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dijangka akan diadakan pada bila-bila masa apabila tempoh pentadbiran Kerajaan Sabah dijangka akan berakhir Oktober 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam tempoh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan sebelum atau sehingga tempoh tamat bagi membolehkan pilihan raya dilaksanakan.

“Apa yang pasti, kita akan berhadapan dengan pilihan raya. Kita memerlukan mandat baharu daripada rakyat serta sokongan yang signifikan untuk menerajui kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Tempoh tersebut amat penting kepada rakyat dan negeri ini bagi memastikan segala agenda yang terkandung dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kita gagaskan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Kita mahu pastikan, setiap keluh kesah rakyat dapat diambil perhatian dengan serius untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, pihaknya yakin dan percayalah, PRN-17 merupakan peluang terbaik untuk memperkukuhkan lagi kedudukan dan kekuatan Gagasan Rakyat.

Katanya, selain menjadi medan untuk pasakkan asas parti serta memperkasa sokongan rakyat terhadap parti yang tercinta.

“Momentum ini akan menjadikan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kukuh terpatri dalam politik arus perdana, sekali gus mencipta blok politik yang kuat lagi disegani.

“Melihat kepada situasi dan kedudukan kita masa kini, meski pun semuanya berjalan dengan baik dan teratur, tetapi Gagasan Rakyat, sebagai sebahagian daripada komponen dalam GRS, perlu mula memperkemaskan strategi, menyusun rapi pentadbiran dan pengurusan parti.

“Tiada lagi ruang untuk kita berlengah-lengah atau berpuashati dengan kedudukan dan pencapaian. Tiada lagi ruang untuk kita bermegah-megah dengan jawatan dan kedudukan,”‘katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular