HomeIsu tempatan227 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal

227 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Read Time:1 Minute, 4 Second

Tawau: Seramai 227 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan itu membabitkan seramai 107 lelaki, 71 wanita dan 49 kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.

Menurutnya, program ini melibatkan pemindahan tahanan warganegara Indonesia daripada Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI).

“Program pemindahan PATI siri ke-19 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Feri Purnama Express dan Labuan Express.

“Semua PATI yang berusia dalam lingkungan dua hingga 82 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Katanya, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Pemindahan PTI akan dilakukan setelah melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses undang-undang negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing,’ katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pengurusan bencana gempa bumi di Sabah terus diperkukuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular